Tiada rundingan rasmi antara PAS-Umno

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=574259370724922&set=pb.100044225926298.-2207520000..&type=3

TIADA rundingan rasmi dibuat antara PAS dan Umno dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, perbincangan antara dua parti itu didakwa dibuat secara tidak rasmi dan tidak melibatkan pucuk pimpinan parti.

“Tiada apa-apa kemajuan dicapai daripada perbincangan ini setelah Umno membuat pendirian untuk tidak bekerjasama dengan PAS dalam PRU15.

“PAS juga mengulangi pendirian untuk memperkukuhkan kerjasama dengan parti-parti anggota dalam Perikatan Nasional,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat Muhyiddin selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi PN, malam tadi.

Pada Ahad, media melaporkan
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ketika Muktamar Tahunan PAS di Kedah minggu lalu mengesahkan wujud rundingan tidak rasmi antara parti itu dan pemimpin Umno tertentu bagi membincangkan kerjasama menjelang PRU ke15 akan datang.

Beliau berkata, perbincangan dua parti itu berlaku di peringkat tertentu namun tidak boleh didedahkan buat masa ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here