Malaysia kutuk cubaan bunuh Naib Presiden Argentina

0
2

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya cubaan bunuh Naib Presiden Argentina, Cristina Fernandez de Kirchner di negara itu lewat malam kelmarin.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini, berkata Malaysia turut berdiri teguh menzahirkan solidariti bersama-sama kerajaan dan rakyat Argentina menolak semua bentuk keganasan.

“Kami berharap agar pengganas tersebut akan segera dibawa ke muka pengadilan,” menurut kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Cristina Fernandez terselamat daripada cubaan bunuh oleh seorang suspek bersenjatakan pistol di luar kediamannya.

Dia dikerumuni penyokong di luar kediamannya apabila seorang lelaki bersenjata mengacukan pistol tepat ke arah mukanya.

Presiden Alberto Fernandez memaklumkan, senjata api itu mengandungi lima peluru, namun tidak kena pada sasaran ketika tembakan dilepaskan.

Cubaan bunuh itu berlaku ketika De Kirchner baru pulang dari mahkamah selepas menjalani perbicaraan bagi kes rasuah terhadapnya, selepas dia menafikan pembabitannya dalam sebarang skandal rasuah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here