Rakan komponen tahu pendirian PAS, kata Tuan Ibrahim pada Bersatu

0
3

KOMPONEN Perikatan Nasional (PN) pasti sedar pendirian PAS menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRU ke-15, kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jelasnya, PAS telah menoktahkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan PH.

“PAS dah buat keputusan tak kan bekerjasama dengan PH, titik,”katanya dalam sidang media di Alor Setar, Kedah, hari ini.

“…Pendirian PAS mengenai kerjasama dengan PH telah dikeluarkan oleh setiausaha agung. Jadi saya fikir rakan komponen tahu pendirian PAS,” tambahnya lagi 

Dua hari lalu, PAS menegaskan parti itu tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dengan PH bagi menghadapi PRU ke-15  termasuk cadangan mewujudkan “khemah besar”.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata PAS tetap berpegang kepada konsep penyatuan ummah dan perpaduan nasional.

Kenyataan itu dilihat bercanggah dengan pendirian Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru yang membayangkan hasrat untuk bekerjasama dengan pembangkang.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, MN masih belum terkubur dan ia perlu dikekalkan demi kepentingan Islam.

“MN belum dibubar ya, bagi kita, kita perlu kekalkan platform ini kerana kepentingan Islam, dan kepentingan Melayu demi masa depan negara walaupun bukan dalam konteks politik. 

“Jadi platform itu kena ada, dalam Pilihan raya Umno buat keputusan dalam BN, kita pun sedia, kita terpaksa lawan, kita lawan lah,” katanya lagi.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here