Abd Latiff beri keterangan kepada polis

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1632903586368","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, memaklumkan beliau sudah memberi keterangan kepada polis berhubung fitnah dan tomahan oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli terhadap dirinya.

Ahli Parlimen Mersing itu berkata, pegawai polis datang bertemunya pagi tadi untuk mengambil keterangan susulan laporan yang dibuat terhadap Rafizi Ramli oleh seorang pegawainya pada Selasa lalu.

“Saya tegaskan bahawa saudara Rafizi adalah seorang pembohong yang memfitnah dan mentohmah saya dan keluarga saya hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

“Ini adalah satu perbuatan keji yang dikutuk oleh al-Quran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abd Latiff sekali lagi menegaskan bahawa sebagai anggota Kabinet, beliau akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.  

Pada 30 Ogos lalu,  Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Abd Latiff membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mendakwa Rafizi membuat  fitnah dan tomahan terhadap Ahli Parlimen daripada Bersatu itu.

Pegawai berkenaan, Sayed Ahmad Muizzuddin Al Sayed Mohamad mendakwa tomahan dibuat Rafizi melalui beberapa artikel dan video di media sosialnya bermula 22 Ogos lalu yang bertujuan merosakkan nama baik Abd Latiff.

Menurutnya, fitnah dan tomahan dibuat Rafizi adalah bahawa Abd Latiff mempunyai isteri kedua bernama Zainab Binti Mohd Salleh yang mendapat kontrak puluhan juta ringgit dengan Kementerian Pertahanan bagi projek Kapal Tempur Pesisir (LCS). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here