NOORYANA Najwa Najib, anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini berada di Penjara Kajang, terus berkongsi mengenai kesedihannya.
Menerusi hantaran di Facebook Najib Razak hari ini, Nooryana Najwa atau lebih mesra dengan panggilan Yana, berkongsi mengenai Kiky, kucing kesayangan bapanya.
Sebelum ini, Najib sering kali berkongsi gambarnya bersama Kiky dalam beberapa hantaran di Facebooknya.
“Setiap kali masuk waktu, daddy (Najib) lalu sini ke bilik solat. Kiky selalu tunggu di sini.
“Hari ini pun macam tu juga. Tapi daddy tidak ada,” luah Yana di Facebook bapanya.
Hari ini genap seminggu Najib dipenjarakan berhubung penyelewengan dana SRC International. – Malaysiapost

