Pegawai minta jangan buat laporan wang simpanan hilang RM12,000

0
1

SEORANG pengguna media sosial terpaksa berputih mata apabila wang simpanan RM12,000 di dalam akaun hilang secara tiba-tiba.

Kejadian itu dikongsi seorang pengguna, Ummar Agrofarm Selangor, menerusi hantaran di Facebook miliknya.

“Hari ini RM12,000 wang saya hilang dari akaun bank dan telah pergi buat laporan di bank, mereka kata ada buat pembelian guna debit kad sekitar jam 4 pagi tadi dari Eropah.

“Persoalan di sini, limit (had) saya untuk debit kad hanya RM5,000 sahaja. Bagaimana boleh buat bayaran RM12,000 sekali transaksi dan saya tak hidupkan transaksi untuk ke luar negara sekarang sebab ada di Malaysia,” tulisnya.

Menurutnya, apa yang menghairankan dia tidak menerima sebarang notifikasi pemberitahuan.

“Bagaimana pihak bank boleh lepaskan pembayaran yang banyak tanpa tanya pelanggan dulu. Sedangkan kalau saya sendiri nak guna kat luar negara pun selalu ‘decline’,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Ummar berkata dia telah dua kali meminta untuk menukar kad ATM selepas pulang dari Eropah kerana mengesyaki wang simpanannya berkurang secara tiba-tiba, namun tidak dibenarkan selagi tidak tamat tempoh.

Dalam masa sama, dia juga mendedahkan pegawai yang menerima laporan berkenaan kehilangan wangnya itu meminta Ummar tidak melaporkan perkara itu kepada pihak polis serta bank negara.

Katanya, dia dimaklumkan wang tersebut bakal dikembalikan semula dalam tempoh 45 hari, namun ia tidak dapat dipastikan.

Semakan terkini hantaran tersebut telah dipadam oleh pengguna tersebut.

Dalam hantaran terkini, Ummar berkata dia akan memadam hantarannya di media sosial selepas wang tersebut dikembalikan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here