PM pertimbang bentang Bajet 2023

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempertimbangkan untuk membentangkan sendiri Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober ini.

Perdana Menteri berkata, bagaimanapun perkara itu perlu dilihat dari segi Perlembagaan dan perundangan sekiranya dibenarkan berbuat demikian.

Katanya, setakat ini, pembentangan Bajet 2023 dibuat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Belum tahu siapa (bentang Bajet 2023), setakat ini Menteri Kewangan, kena tengok dari segi Perlembagaan dan perundangan.

“Kalau tidak boleh, tak boleh lah, kalau boleh, maka, boleh dipertimbangkan. Jadi, apa-apa tunggu nasihat Peguam Negara,” katanya.

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober berbanding tarikh asal 28 Oktober ini.

Ia selepas perubahan takwim baharu sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ke-14 (2022) yang bermula pada 3 Oktober hingga 29 November 2022 bagi Dewan Rakyat (32 hari) dan 21 November hingga 7 Disember 2022 (11 hari) bagi Dewan Negara, dipercepatkan 23 hari daripada takwim asal.

Perubahan ini berikutan terdapat keperluan untuk kerajaan meminda takwim Mesyuarat Ketiga ini bagi membolehkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2023 dipercepatkan.

Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Ismail Sabri sendiri akan membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober depan.

Langkah itu berbeza berbanding kebiasaan, di mana belanjawan negara sebelum ini dibentangkan individu yang memegang jawatan Menteri Kewangan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here