Ismail Sabri nafi dakwaan bakal dipecat dari Umno

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan bahawa beliau diberitahu supaya mengadakan pilihan raya umum secepat mungkin atau bakal berdepan dipecat daripada parti.

Sebaliknya, Ismail Sabri memberitahu bahawa mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno baru-baru ini berlangsung dalam keadaan mesra.

“Tak ada apa. Kita bincang dalam keadaan mesra. Tak ada isu, kadang-kadang orang luar melihat lain daripada apa yang berlaku di dalam,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Sebelum ini, media melaporkan pelbagai versi timbul susulan mesyuarat biro politik Umno Rabu lalu, sehari selepas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal mengubah keputusan bersalah dan hukuman penjara dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Menurut sumber Umno dan kerajaan, Ahli Parlimen Bera itu diberitahu supaya membubarkan Parlimen secepat mungkin atau akan dipecat.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan perkara itu dengan menyifatkannya sebagai palsu dan fitnah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here