Peralihan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui adalah salah satu tugas yang paling sukar untuk dilaksanakan dan ia mengambil masa beberapa dekad, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.
Memetik laporan RT News, beliau bekata dunia mesti terus mengekstrak minyak dan gas untuk mengekalkan tamadun, di samping membangunkan sumber tenaga yang mampan.
“Secara realistik, saya fikir kita perlu menggunakan minyak dan gas dalam jangka pendek, kerana jika tidak, tamadun akan runtuh,” katanya pada persidangan tenaga di Norway, sambil menambah bahawa dia bukanlah individu yang “menghancurkan” bahan api fosil.
“kita mesti mempunyai laluan yang jelas ke arah masa depan tenaga yang mampan.
“Salah satu cabaran terbesar yang pernah dihadapi dunia ialah peralihan kepada tenaga mampan dan kepada ekonomi mampan … yang akan mengambil masa beberapa dekad untuk diselesaikan,” tambahnya lagi.
Pada bulan Mac, jutawan itu menyeru Eropah untuk kembali kepada kuasa nuklear, serta meningkatkan pengeluaran minyak dan gas untuk mengimbangi pengaruh Rusia.
Melalui seruan Musk, Eropah mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun untuk memulakan semula stesen janakuasa nuklearnya, yang telah ditutup secara beransur-ansur di seluruh benua sebagai komitmen kepada tenaga hijau.- Malaysiapost

