PRU15 paling sukar buat semua parti – Ku Li

0
2

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka menjadi pilihan raya paling sukar buat semua parti yang bertanding, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjangkakan

Tengku Razaleigh juga menjangkakan tidak ada parti politik yang akan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan dalam PRU15 nanti.

Ia susulan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat pada masa ini membuatkan PRU15 adalah sesuatu yang sukar buat semua parti.

“Saya rasa PRU15 adalah pilihan raya yang paling sukar dan saya tidak fikir ada satu parti pun yang mendapat majoriti mudah, tak boleh membentuk kerajaan.

“Saya rasa BN (Barisan Nasional) pun berada dalam keadaan begitu, apatah lagi dengan berbagai-bagai skandal dan masalah yang dihadapinya. Saya rasa kemungkinan pilihan raya ini bukan menyelesaikan masalah tetapi akan menimbulkan banyak lagi masalah,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Jelasnya, PRU-15 juga mungkin tidak akan membuahkan hasil yang baik memandangkan tidak ada satu parti pun yang mampu menubuhkan kerajaan.

“Jadi apa makna ada pilihan raya. Kita akan menambahkan masalah lebih daripada menyelesaikan masalah,” katanya.

Ketika ditanya peluang Umno sekiranya bergerak secara solo pada PRU15, Tengku Razaleigh berkata, keadaan sekarang tidak seperti dahulu.

“Umno boleh bergerak solo tetapi solo tu kita kena faham apa makna solo. Kalau dulu solo, Umno ada 13 parti bersamanya dari Sabah dan Sarawak serta teman-teman yang kuat membantu Umno iaitu MCA dan MIC.

“Mereka begitu berpengaruh ketika dulu. Tetapi sekarang kita hanya mempunyai MCA dengan MIC yang tidak dapat ditentukan kekuatan parti-parti ini.

“Ada kalanya calon MCA berharap kepada sokongan Umno. Jadi, bagaimana kita nak menghadapi keadaan dengan macam-macam masalah, pelbagai berita yang timbul dari semasa ke semasa untuk menghadapi pihak lawan pada PRU15,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here