9 syarikat Malaysia jalin pelaburan bersama Ajlan Bros dari Arab Saudi

0
2

SEMBILAN syarikat Malaysia
menandatangani pertukaran perjanjian persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat konglomerat Arab Saudi, Ajlan Bros Holding Group, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyaksikan majlis memeterai MoU tersebut yang diketuai Timbalan Pengerusi Ajlan Bros, Mohammed Abdulaziz Al Ajlan melibatkan pelaburan secara kolektif bernilai USD7.5 bilion (hampir RM34 bilion).

Pelaburan itu merangkumi sektor semi-konduktor, perdagangan sosial, teknologi perubatan, industri pertahanan dan hiburan yang melibatkan syarikat dari Malaysia seperti Dagang NeXchange Berhad (DNex), Aerodyne Systems Sdn Bhd, National Aerospace & Defence Industries Sdn Bhd, Twistcode Technologies Sdn Bhd.

Selain itu CyberSecurity Malaysia, Malaysia Genomics Resources Centre Berhad, Meta Universe Sdn Bhd, Light Up 7 Sdn Bhd dan My Events Sdn Bhd.

Perdana Menteri berkata, kerjasama ini membuktikan Malaysia kekal utuh sebagai destinasi pelaburan utama dunia yang turut menjadikan kesan pengganda kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Selain itu, kerjasama syarikat Malaysia bersama Ajlan Bros Holding Group berupaya meningkatkan daya saing syarikat tempatan untuk bersaing di peringkat global.

“Pelaburan berimpak tinggi ini amat penting bagi memacu negara serta seluruh Keluarga Malaysia pulih sepenuhnya daripada kesan pandemik Covid-19 dan krisis geopolitik yang menyebabkan ketidaktentuan ekonomi,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Perdana Menteri, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here