Warga asing ditahan ramas punggung wanita

0
1
Polis Di Raja Malaysia

SEORANG lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai mencabul kehormatan wanita di tepi jalan sebuah kondominium di Kota Damansara, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia lewat 30-an pada jam 1 pagi tadi.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa berjalan menuju ke kereta rakannya yang menunggu di tepi jalan.

“Tiba-tiba mangsa merasa punggungnya telah dipegang dan diramas lalu menoleh dan mendapati suspek berada di sebelahnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa kemudian menjerit sebelum suspek melarikan diri.

Bertindak atas maklumat, katanya, suspek berusia awal 30-an ditangkap berdekatan pondok pengawal sebuah kondominium.

“Suspek telah dibawa ke hadapan majistret bagi permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here