Bubar Parlimen: ‘Tunggu.. tunggu… tunggu’ – PM

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan reaksi ringkas dengan hanya menjawab ‘tunggu’ ketika ditanya pemberita mengenai tarikh pembubaran Parlimen, hari ini.

Beliau ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Perdana sambutan 60 Tahun KEMAS, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hanya menjawab: “Tunggu… tunggu… tunggu.”

Desas-desus mendakwa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tempoh terdekat semakin hangat diperdebatkan, susulan tarikh pembetangan Bajet dipercepatkan tiga minggu daripada jadual asal.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023 akan dibentangkan pada 7 Oktober ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here