Jangan ulangi kesilapan kami, pesan Boon Heong untuk Aaron-Wooi Yik

0
1

JANGAN ulangi kesilapan kami, itulah nasihat Tan Boon Heong kepada pasangan bergu badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan beraksi di pentas akhir Kejohanan Dunia Tokyo, hari ini. 

Boon Heong bersama gandingannya Koo Kien Keat hampir melakar sejarah negara untuk menjadi pemain badminton pertama negara merangkul gelaran dunia di Paris 12 tahun dahulu. 

Namun, kegagalan mengawal perasaan gemuruh selain hilang fokus pada penghujung set permainan telah menafikan mereka menjuarai kejohanan berkenaan. 

Mengimbas kegagalan aksi final itu, Boon Heong berkata, segala percaturan dan strategi yang digunakan bagaikan mengikut kemahuan mereka ketika menentang bergu terkemuka China Cai Yun-Fu Haifeng. 

Namun, detik kegagalan mereka bermula apabila fikiran mula membayangkan tentang kejuaraan, sekali gus hilang fokus dan membuat kesilapan yang tidak sepatutnya. 

Mereka bermain dengan baik di mana memenangi perlawanan pertama 21-18 tetapi mula melakukan kesilapan akibat kegopohan mereka untuk memenangi gelaran. 

“Saya bermain dengan baik tetapi pada 18-18 pada set kedua, saya mula memikirkan tentang kejuaraan dan melakukan kesilapan pada peringkat genting. Aaron-Wooi Yik harus mengelakkan pemikiran seperti itu,” katanya dipetik The Star. 

Mengenai peluang Aaron-Wooi Yik dalam aksi final menentang pasangan bergu Indonesia Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan, Boon Heong berkata, pasangan negara memiliki kelebihan daripada segi fizikal dan kecerdasan berbanding lawan mereka yang disifatkan sebagai kuda tua. 

“Hendra dan Ahsan adalah pasangan yang semakin tua dan ini sepatutnya memberi kelebihan kepada Aaron-Wooi Yik.

“Ia adalah peluang yang baik kerana mereka mempunyai kelebihan dari segi kecergasan dan kepantasan. Dengan strategi yang betul, ia boleh dilakukan,” katanya. 

Aaron-Wooi Yik mara ke final Kejohanan Dunia di Jepun apabila menewaskan juara Sukan Komanwel Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India 20-22, 21-18, 21-16. 

“Mereka perlu terlalu memikirkan keputusan dan mesti memberi fokus pada permainan mereka mengikut kemampuan dan keupayaan benar yang mereka miliki,” katanya. 

Meskipun Malaysia adalah kuasa besar sukan badminton, namun tiada pemain negara pernah merangkul gelaran dunia setakat ini termasuk legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here