Kata dua pada PM: Cubaan untuk pecah belahkan kepimpinan Umno

0
3

Aiman Hanif

DAKWAAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ditekan ketika Mesyuarat Biro Politik Umno Rabu lalu adalah cubaan untuk melagakan kepimpinan parti itu, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Jelasnya, mesyuarat yang berlangsung Rabu lalu berlangsung dengan tenang dan tiada sebarang kata dua berikan kepada Perdana Menteri, khsusunya membabitkan isu Datuk Seri Najib Razak yang dihukum penjara.

“Tak ada itu semua bohong, kasihan lah dekat perdana menteri. Itu semua ada orang buatlah. Media sosial ini masalahnya.

“Dia macam ini, ada orang ambil kesempatan pasal apa berlaku ini untuk pecah-belahkan orang (kepimpinan Umno), semua tahu Ismail Sabri Naib Presiden parti Umno, dia jadi Perdana Menteri, (Datuk Seri) Ahmad Zahid (Hamidi) jadi Presiden.

“Mereka akan gembira dan merasa berjaya melakukan perkara itu untuk mewujudkan sengketa dan perpecahan antara Zahid dan Ismail Sabri, itu agenda mereka dan itu yang mereka mahukan sebenarnya,” katanya ketika ditemui di ibu negara hari ini.

Sebelum itu beberapa portal melaporkan bahawa Mesyuarat Biro Politik Umno yang berlangsung Rabu lalu, tegang dan Perdana Menteri menerima tekanan.

Khususnya membabitkan campur tangan berhubung hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas Najib.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menyifatkannya sebagai satu fitnah.

Perkara sama juga turut dinafikan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mendakwa Umno akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here