HARGA runcit petrol RON97 turun 5 sen iaitu daripada RM4.35 kepada RM4.30 seliter.
Manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal paras RM2.05 dan RM2.15 seliter, bagi tempoh bermula esok hingga 31 Ogos ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak global, kerajaan mengekalkan harga runcit RON95 pada harga siling RM2.05 dan diesel RN2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat, melebihi harga siling yang ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” menurut kenyataan itu.
Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat terus terpelihara. – Malaysiapost

