BEKAS Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung kenyataannya berkaitan suami Ketua Hakim Negara.
Menurut Lokman, beliau dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, jam 2.30 petang, Jumaat ini disusuli ke IPD Ampang pada 29 Ogos.
Katanya, sebanyak tiga kertas siasatan dibuka berhubung video siaran langsungnya.
“Ini berhubung video saya minta polis siasat kenapa suami Ketua Hakim Negara merakam perjalanan kes rayuan Datuk Seri Najib Razak,” katanya menerusi hantaran di Facebook. – Malaysiapost

