CHEF selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, 65 meluahkan rasa bangga dengan barisan panel hakim, yang berjaya menegak kebenaran dalam kes Datuk Seri Najib Razak berhubung penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Menurutnya, negara perlu berubah demi masa depan dan individu yang melakukan korupsi harus diberi pengajaran.
“Alhamdulilah sangat bangga dengan semua hakim kerana menegakkan kebenaran.
Negara kita mesti berubah untuk masa depan dan semua manusia yang korupsi perlu diberi pengajaran supaya faham bahawa mereka tidak boleh mempengaruhi orang lain.
“Yang penting bukti-bukti itu amat jelas supaya mereka
ini di bawa ke pengadilan. Sebagai rakyat Malaysia, kami mahukan keadilan dan bukan sandiwara permentasan mereka,” katanya menerusi Instagram.

Tambah Chef Wan, beliau juga sanggup menerima hukuman sekiranya melakukan kesilapan supaya menjadi pengajaran kepada orang lain.
“Jika saya melakukan kesilapan hukum atau denda la saya agar ianya menjadi satu pelajaran buat saya sendiri,” katanya.

