Kenapa perlu rai kejatuhan Najib? – soal Shahril Hamdan

0
2
Shahril Hamdan

KETUA Penerangan Umno, Shahril Hamdan mempersoalkan pihak tertentu yang mentertawa serta meraikan Datuk Seri Najib Razak dihukum penjara berkaitan kes penyelewengan dana SRC International.

Shahril turut mempersoalkan pihak yang memperlekehkan kumpulan yang bersimpati terhadap nasib menimpa bekas Perdana Menteri itu.

“Kalau tak suka Najib, tiada siapa paksa suka. Tapi untuk mentertawakan beliau. Mentertawakan penyokong dan keluarga beliau. Memperlekeh orang yang simpati. Bergembira dan meraikan atas kejatuhan orang lain. Apa keperluan?

“Beliau telah disabit dan menjalani hukuman. Sudah lah. Semoga terbuka hati untuk menyedari, bukan setiap hari kita akan senang.

“Bukan setiap hari kita suci. Belum tentu hari lain kita tidak akan kecundang. Pada saat itu, semoga tiada yang mentertawa dan meraikan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Shahril menambah, sesiapa juga yang tidak suka kepada Najib, tiada sesiapa memaksa untuk menyukainya.

“Yang merasakan segala senarai jasa dan pencapaian Najib itu terpadam, kita doakan satu hari nanti akan terbuka hati bukan hanya melihat yang buruk tetapi juga mengiktiraf legasi positif seorang bekas Perdana Menteri.

“Tapi kalau tak hendak, tiada siapa paksa. Tidak juga sesiapa paksa untuk melawan atau campurtangan keputusan mahkamah. Macam mana tiada siapa termasuk Najib pernah minta lawan keputusan PRU14.

“Tidak juga sesiapa minta susun rusuhan atau demonstrasi. Sama seperti PRU14.

“Orang lain kita tidak tahu. Tapi kalau Umno dan pemimpinnya, akan cuba, berhujah dan bersaing dalam gelanggang dan dalam sistem. Andai tewas, tidak pun minta meruntuhkan sistem itu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here