Abang Viva terima anugerah Pingat Jasa Kebaktian

0
1

WIRA banjir dikenali sebagai Abang Viva, Azwan Omar menerima anugerah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-73, hari ini.

Azwan antara 883 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh.

Kisah beliau tular di media sosial sebelum ini, apabila membantu mangsa banjir di Selangor dan Pahang, menggunakan kereta jenis Perodua Viva dan sebuah bot. – Malaysiapost

Kredit Foto: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here