Keputusan Mahkamah Persekutuan pulih imej negara

0
2

Ben Ibrahim

KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadap Datuk Seri Najib Razak semalam, sedikit sebanyak membantu memulihkan imej negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berpandangan negara luar menganggap keputusan itu adalah satu proses kehakiman yang baik dan adil.

Katanya, negara ini pernah berdepan tohmahan kononnya sistem kehakiman negara dipengaruhi politik.

“Dari segi analisis ekonomi dan perdagangan, ia penting kerana dari sudut pelabur luar, mereka boleh melihat sejauh mana negara ini mempunyai sistem kehakiman yang boleh dipercayai jika mereka pun mempunyai isu yang perlu dibawa ke mahkamah.

“Ini juga antara perkara yang pernah diperdebatkan sebelum ini. Mereka (pelabur) bimbang jika timbul masalah undang-undang, mereka tidak selesa kerana (mahkamah) tidak adil dan bebas.

“Jadi saya anggap keputusan semalam membantu imej Malaysia dari segi sistem kehakiman kita yang baik dan adil,” katanya dalam sidang media di Kuantan, hari ini.

Saifuddin yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pahang berkata, orang ramai perlu menerima keputusan Mahkamah Persekutuan itu dengan hati terbuka.

“Pada saya, ini melegakan rakyat yang mahu proses mahkamah berjalan tanpa campur tangan pihak luar supaya keadilan dapat ditegakkan sebaiknya.

“Dari sudut lain pula, keputusan mahkmah ini sesuatu yang menyentuh perasaan ahli Bersatu kerana Presiden kami (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang dahulunya Timbalan Perdana Menteri dipecat oleh Najib kerana mempersoalkan isu ini,” katanya.

“Bersatu akan terus memperjuangkan agenda mereka dalam nenegakjan integriti, menghapus rasuah dan politik wang, kata Saifuddin lagi.

“Apa yang berlaku semalam telah membuktikan perjuangan kami adalah perjuangan yang di pihak kebenaran berdasarkan fakta dan bukan sekadar cerita (politik) kosong,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here