‘I’m sorry daddy….’ – Anak Najib

0
2

“MUNGKIN kita tidak cukup berjuang, mungkin kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap sistem keadilan,” luah anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa.

Menerusi hantaran di Instagramnya petang tadi, Nooryana Najwa yang menzahirkan rasa sedih dengan keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan turut memohon maaf kepada bapanya.

“I’m sorry daddy…. Mungkin kita terlalu percaya dengan matlamat dan tujuan, menyebabkan kita bertahan sepanjang empat tahun ini,” tulisnya dalam hantaran itu.

Nooryana Najwa berkata, bapanya tidak mendapat peluang untuk memperjuangkan keadilan buat dirinya.

“Namun, kamu (daddy) tidak mendapat keadilan hari ini, malah kita tidak berpeluang untuk berjuang. malah kita juga tidak berpeluang bertempur. Tetapi Bossku tidak berakhir di sini,” katanya

Anak keempat Ahli Parlimen Pekan itu berpandangan, sistem undang-undang tidak menyebelahi nasib bapanya selepas berjuang selama empat tahun bagi menafikan pertuduhan itu.

Jelasnya lagi, mereka sekeluarga mengagumi kekuatan Najib dan akan terus berjuang bagi memastikan bapanya mendapat keadilan sewajarnya.

“Saya berjanji, Mummy, Ashman, Abang Jaja, saya, keluarga dan orang kamu (daddy), tidak akan berehat sehingga kamu kembali bersama kami dan keadilan ditegakkan.

“Saya akan berpegang pada kata-kata perpisahan kamu dengan saya setiap hari iaitu mereka boleh mengawal segala-galanya tetapi mereka tidak dapat mengawal emosi dan kekuatan fikiran kita.

“Tetap kuat, Allah SWT bersamamu bapaku. (Saya) sentiasa bersama kamu, untuk sekarang dan selamanya,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes SRC International. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here