DATUK Seri Najib Razak telah dibawa ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun.
Bekas Perdana Menteri itu dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda meninggalkan Istana Kehakiman, Putrajaya tepat jam 5.45 petang tadi.
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Najib dan mengekalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah. – Malaysiapost

