Petugas media berkumpul di Penjara Sungai Buloh 

0
1

PETUGAS media telah berkumpul di pekarangan luar Penjara Sungai Buloh, sejurus selepas keputusan kes Datuk Seri Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, disabitkan bersalah, hari ini. 

Sebahagian petugas media dilihat sudah memenuhi pekarangan penjara tersebut pada jam 4 petang tadi. 

Sebelum itu, rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta membabitkan kes tersebut, gagal. 

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu. – Malaysiapost

Foto kredit: Berita Harian Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here