DUA langkah yang boleh diambil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah terhadap penyelewengan dana SRC International.
Pengamal undang-undang, Azam Aziz, berkata Najib boleh membuat semakan semula hukuman di Mahkamah Persekutuan atau pun memohon pengampunan diraja.
“Najib hanya ada ada pilihan selepas ini. Satu, semakan Semula hukuman di Mahkamah Persekutuan
“Kedua, pengampunan diraja minima selepas tiga bulan menjalani hukuman.
“Saya bersimpati dengan Najib tapi itulah takdirnya untuk beliau,” tulis Azam dalam satu catatan di Facebooknya, hari ini.
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Najib dalam kes SRC International.
Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Beliau berkata sabitan itu selamat bagi semua tujuh pertuduhan dan hukuman itu tidak keterlaluan.- Malaysiapost

