Mahkamah tolak permohonan Najib singkir Tengku Maimun

0
2
1. Najib menjadi bekas ketua negara pertama didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah

MAHKAMAH Persekutuan Putarjaya hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat daripada prosiding rayuan akhir kes penyelewengan dana Syarikat SRC International yang dikenakan terhadapnya.

Ketika membaca keputusan penghakimannya, Tengku Maimun berkata, permohonan yang dibuat oleh Najib tidak bermerit.

Selain itu katanya, mahkamah mendapati permohonan itu gagal menunjukkan wujudnya bahaya yang nyata bahawa ia akan menyebabkan isu berat sebelah.

“Saya tidak nampak sebarang bahaya berat sebelah yang mencukupi untuk saya menarik diri,” katanya.

Tengku Maimun kemudiannya, mengarahkan mahkamah meneruskan prosiding untuk rayuan akhir Najib.

Pagi tadi, Najib mengambil langkah terbaharu dengan membuat permohonan agar Tengku Maimun menarik diri daripada panel Mahkamah Persekutuan bagi mendengar rayuan akhirnya.

Peguam utamanya Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan telah memfailkan permohonan itu semalam.

“Ia dibuat dengan penuh rasa hormat berdasarkan isu perundangan.

“Arahan kami terima adalah untuk memfailkan permohonan ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here