TAN Sri Muhammad Shafee Abdullah kembali sebagai peguam Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan akhir bagi kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Beliau akan membantu Hisyam Teh Poh Teik yang baru dilantik mengetuai pasukan pembelaan.
Hisyam memberitahu Mahkamah Persekutuan pagi ini bahawa Shafee akan datang ke Istana Kehakiman di Putrajaya, tempat prosiding berlangsung.
“Shafee sedang dalam perjalanan ke sini untuk bantu saya, jadi kami mohon berhenti sebentar,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Beliau berkata demikian kepada panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat. – Malaysiapost

