Pegawai penjara sudah ada di luar mahkamah, dakwa Zunar

0
1

KARTUNIS Zunar mendakwa pegawai dari Jabatan Penjara Malaysia sudah berada di Istana Kehakiman, hari ini.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

“Sementara itu, pegawai penjara kelihatan di luar mahkamah!,” tulisnya.

Bagaimanapun, semakan terkini di laman tersebut mendapati entri itu telah dipadam.

Mahkamah Persekutuan hari ini diteruskan dengan keputusan rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Ia dimulakan dengan Peguam bela Datuk Seri Najib, Hisyam Teh Poh Teik, dengan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya sudah memfailkan permohonan agar Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, menarik diri daripada mempengerusikan panel hakim yang mendengar kes bekas perdana menteri itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here