Wanita pakai ‘baju kelawar’ tekad lawan peragut

0
1

RAKAMAN cubaan meragut seorang wanita yang berjalan seorang diri berhampiran sebuah bangunan dapat dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan menjadi tular di media sosial, semalam.

Mangsa yang memakai ‘baju kelawar’ berwarna kuning didatangi dua lelaki menunggang motosikal di hadapan Menara Felda, Kuala Lumpur, sebelum cuba merampas beg tangan miliknya.

Bagaimanapun, wanita itu dilihat tidak mengalah dan memegang beg tangannya dengan kuat.

Malah, apabila peragut itu cuba melarikan diri, wanita itu mengejar mereka sambil menarik kembali beg tangan tersebut.

Dalam masa sama, seorang penghantar makanan datang melanggar motosikal peragut itu serta beberapa orang ramai membantu meleraikan insiden, seterusnya ‘memegang’ kedua-dua peragut itu.

Video tersebut mendapat perhatian warganet yang kagum dengan ketangkasan wanita ‘berbaju kelawar’ itu, dan memuji tindakan pantas penghantar makanan berkenaan.

“Salah orang dia ragut. Rupanya ‘Keluang Woman’ di ragut. Memang mendapat dua penjenayah ni,” ujar Wani Sepet.

“Sekarang ni cari bro rider yang bantu tu… sebab ada orang nak sponsor repair motor dia,” kata Intan Masliana.

“Semoga lebih ramai rakyat Malaysia yang prihatin seperti abang Grab ni. Semoga aku juga boleh berbakti pada orang dalam kesusahan,” kata Usoop. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here