Pertemuan pemimpin Umno, PM berlangsung satu jam

0
2

PERTEMUAN beberapa pemimpin tertinggu Umno dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, malam ini berlangsung lebih sejam.

Pertemuan itu berakhir sebentar tadi dan kenderaan dinaiki Perdana Menteri dilihat meninggalkan Seri Perdana kira-kira jam 9.11 malam.

Difahamkan, pertemuan Ismail Sabri bersama beberapa pemimpin Umno itu tidak disertai Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu media melaporkan, beberapa pemimpin Umno dilihat memasuki perkarangan Kompleks Seri Perdana sejak jam 6 petang tadi.

Antara yang terawal dilihat masuk ialah kenderaan milik Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid sekitar jam 6 petang.

Selepas satu jam kemudian, dua kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dilihat berhenti di hadapan balai pengawal kompleks tersebut sebelum meneruskan perjalanan namun tidak dapat dipastikan pemiliknya.

Dalam pada itu, satu sumber mengesahkan pertemuan antara pemimpin-pemimpin itu berlangsung kira-kira jam 8 malam tadi.

Terdahulu Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno dan Ketua Umno Bera, tidak menghadiri pertemuan tergempar di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur, siang tadi.

Difahamkan, petang tadi, Ketua Bahagian Umno seluruh negara sebulat suara meminta Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, hasrat itu disampaikan dalam pertemuan tergempar antara mereka dengan Ahmad Zahid.

Dalam mesyuarat tergempar itu, hanya tiga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti yang hadir, manakala Ismail Sabri serta Mahdzir tidak hadir kerana ada urusan lain. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here