158 Ketua Umno Bahagian setuju PRU15 diadakan segera

0
2

DATUK Seri Jamal Md Yunos mengesahkan mesyuarat tergempar Ketua-Ketua Umno Bahagian yang diadakan pada hari ini adalah untuk membincangkan persetujuan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu, berkata mesyuarat tergempar tersebut adalah untuk mendengar pandangan serta pendapat Ketua-ketua Umno Bahagian mengenai persiapan jentera di kawasan masing-masing untuk mengadakan PRU15 dalam masa terdekat.

“Kami dikejutkan dengan panggilan malam tadi, setelah ada perjumpaan kami diberi taklimat pandangan serta pendapat mengenai PRU15 yang mungkin diadakan dalam masa terdekat.

“Tujuan kami dipanggil untuk kesiapsiagaan jentera PRU15 dalam masa terdekat bila-bila masa. Pertama kesediaan dan keperluan mengadakan PRU15 dalam masa segera,” katanya ketika ditemui media di perkarangan Menara Dato On, PWTC, hari ini.

Bagaimanapun, Jamal menegaskan mesyuarat tidak membincangkan mengenai kes rayuan Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan.

Jamal juga menjelaskan, 158 Ketua Umno Bahagian menyokong untuk mengadakan PRU15 secepat mungkin.

“(Seramai) 90 orang Ketua Umno Bahagian ‘last minit’ 158 orang hadir panggilan mesyuarat dan perkara ini yang disampaikan pucuk pimpinan dan bersetuju untuk mengadakan PRU15 bila-bila masa.

“Kami berdialog, jelaskan supaya pucuk pimpinan dapat berikan apa yang kami perlukan untuk hadapi PRU15,” katanya.

Ditanya bila tarikh PRU15 yang diinginkan Umno, Jamal berkata, perkara itu akan dibincangkan oleh pucuk pimpinan ‘top 5’ parti.

“Bila nak bubar ianya akan dibincangkan top 5, yang kedua kami pun tak lama dah jumpa. Dalam mesyuarat tadi top 5 yang tidak hadir ialah Tok Det (Datuk Seri Mahadzir Khalid) dan Perdana Menteri kerana ada program,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here