Zahid doakan DPP jadi Menteri, supaya faham bagaimana sesuatu keputusan dibuat

0
1

Nahar Tajri

GELAGAT Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beberapa kali mencuit hati hadirin yang mengikuti perbicaraan kes beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam perbicaraan hari ini, Ahmad Zahid mendoakan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayub ditakdirkan menjadi seorang menteri satu hari nanti agar beliau dapat memahami proses sesuatu keputusan dibuat ketika mengendalikan sesebuah Kementerian.

Dalam aksi tegang di antara kedua-dua pihak, Ahmad Zahid dengan bersahaja membuat kenyataan demikian selepas ditekan dan cuba dikelirukan dengan soalan yang sama beberapa kali.

Ahmad Zahid: Yang arif, saya harap satu hari DPP (Timbalan Pendakwa Raya)ini akan jadi Menteri, saya doakan…. supaya dia tahu bagaimana sesuatu keputusan itu dibuat.

Abdul Malik: Saya tidak teringin.

Ahmad Zahid: Bagusla sebab tak layak.

Ahmad Zahid semalam, memberitahu mahkamah bahawa beliau mematuhi segala prosedur kementerian sebelum membuat keputusan untuk menyokong atau memutuskan untuk memberi kelulusan terhadap sesuatu cadangan projek.

Katanya, bagi kes kontrak OCS untuk Pakistan dan Nepal beliau menuruti saranan Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) yang mencadangkan agar projek berkenaan dimulakan pada 1 Julai 2016 walaupun pada asalnya dicadangkan bermula pada 1 Mei 2017.

Ahmad Zahid berkata, ia bukan merupakan keputusan beliau secara peribadi kerana ia berdasarkan syor dari semua peringkat Jawatan Kuasa Teknikal, Setiausaha Bahagian Kementerian Dalam Negeri (KDN), Timbalan KSU KDN dan KSU KDN.

Proses berkenaan adalah berdasarkan minit Perdana Menteri supaya permohonan itu dipertimbangkan jika tiada sebarang kesalahan.

Ahmad Zahid selain itu, mengeluarkan kenyataan “saya bantah” walaupun beliau hanya diminta menjawab setuju atau tidak setuju.

Abdul Malik: Biasanya bantahan ini digunakan oleh Peguam.

Ia kemudian diikuti Peguam Ahmad Zahid, Hamidi Mohd Noh bangun dan berkata: “Saya bantah Yang Arif”.

Perbicaraan hari ini berlangsung agak tegang namun terselit insiden lucu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here