Keluarga Malaysia kerajaan yang berjaya – KJ

0
2

KHAIRY Jamaluddin menyifatkan kerajaan ketika ini yang dikatakan hanya sementara oleh sesetengah pihak, sebenarnya adalah kerajaan yang berjaya melaksanakan pelbagai perkara penting untuk tempoh jangka masa panjang.

Menteri Kesihatan itu berkata, perkara berkenaan dapat dilihat dengan kestabilan dan kelulusan pelbagai Rang Undang-Undang (RUU) di Parlimen hanya dalam tempoh setahun.

“Sama juga isu kesihatan, saya cakap kepada Perdana Menteri minta buat sesuatu untuk masa depan.

“Bukan sekadar ingat next election (pilihan raya akan datang) sahaja, sebab itu Perdana Menteri setuju bawa RUU untuk kita wujudkan negara bebas asap rokok di Malaysia,” katanya.

Khairy berkata demikian ketika berucap sempena Simposium Keluarga Malaysia ‘Pencapaian dan Harapan’ bertajuk Keluarga Malaysia Menangani Cabaran Kesihatan di Putrajaya, hari ini.

Khairy juga menegaskan, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah kejayaan terbesar yang diusahakan kerajaan dalam membawa negara keluar daripada pandemik Covid-19.

Beliau berkata, sebagai menteri yang diamanahkan untuk menjaga hal ehwal kebajikan rakyat dalam isu kesihatan, beliau mempunyai pandangan lebih luas mengenai langkah untuk menyelesaikan pandemik tersebut.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diarahkan untuk melihat bagaimana cara lebih berkesan untuk menyelamatkan nyawa tetapi dalam pada masa sama dapat memelihara kehidupan rakyat agar terus sejahtera.

“Kita hanya fokus kepada langkah seperti melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kita sudah punyai senjata ampuh iaitu vaksinasi.

“Sebab itu dengan vaksinasi dan langkah-langkah yang lain antaranya ‘home surveillance order’.

“Kalau dulu kalau kena Covid-9, perlu beratur di CAC (Pusat Penilaian Covid-19), beratur panjang. Jadi, kita memudahkan semua prosedur yang menyukarkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here