SRC: Penyokong Najib perlu hormati institusi kehakiman – Syed Saddiq

0
3

“JANGAN ganggu Badan Kehakiman,” kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Peringatan itu diberikan kepada individu atau pihak khususnya penyokong Datuk Seri Najib Razak yang didakwa menyerang dan menggugut Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat termasuk keluarganya berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

“Biarkan institusi kehakiman buat keputusan tanpa sebarang gangguan. Makin menjadi-jadi tohmahan dan tuduhan yang dikeluarkan kepada Ketua Hakim Negara dan keluarganya.

“Sebabkan ini, ada juga sampai mengugut ‘tumpahan darah’ di media sosial. Ini dah melebih,” katanya menerusi Facebook.

Syed Saddiq meminta semua pihak tidak melebihi batas dan menghormati institusi kehakiman.

“Nasihat penyokong kamu untuk hormat keputusan Mahkamah walau apapun. Ini institusi kehakiman, jangan main-main,” katanya.

Semalam, Pengerusi Biro Media Sosial DAP, Syahredzan Johan menempelak kempen Internet yang menyerang Tun Tengku Maimun .

Malah, Syahredzan turut berkongsi tulisan pengguna maya berkaitan ancaman itu serta yang mengaitkan keputusannya dengan suaminya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here