
SEBANYAK 3,490 kes baharu Covid-19 yang direkodkan semalam, sekali gus menunjukkan sedikit penurunan berbanding 4,071 kes kelmarin.
Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 4,714,470 kes.
Sementara itu, enam kematian baharu akibat Covid-19 direkod semalam, tiada kematian berlaku di luar dalam fasiliti KKM atau brought-in-dead (BID).
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,130 kes sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data di laman COVIDNOW, kes aktif setakat semalam mencatatkan sebanyak 42,767.
Seramai 41,212 individu atau 96.4 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 26 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,454 kes pula dirawat di hospital dan 75 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 45 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost
