Transformasi pendidikan perlu kesungguhan, keberanian – Radzi Jidin

0
3

TRANSFORMASI dalam bidang pendidikan memerlukan kesungguhan dan keberanian untuk melaksanakan perubahan besar demi kebaikan masa depan generasi pewaris negara, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan sentiasa memastikan setiap perubahan yang ingin dilakukan hendaklah melalui proses perbincangan dengan pihak berkepentingan.

“Ini supaya keputusan yang diambil memberi kesan yang optimum, terutamanya kepada murid,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, beliau menghadiri sesi perjumpaan bersama warga pendidik di Kelantan melibatkan seramai 400 guru sekolah rendah dan menengah sekitar Kota Baharu.

Radzi berkata, dalam pertemuan itu beliau turut menjelaskan usaha transformasi KPM dalam sistem pelaporan berpusat bagi merekod markah pentaksiran murid serta sistem khusus untuk penyediaan jadual waktu sekolah.

Katanya, transformasi yang dilaksanakan itu pastinya dapat meningkatkan kecekapan sistem dan perkhidmatan keguruan seterusnya membantu guru agar dapat melaksanakan tugasan dengan efisyen.

“Kami akan terus mempergiat usaha memberi kefahaman tentang transformasi pendidikan yang telah, sedang dan akan dilakukan agar semua pihak dalam ekosistem pendidikan dapat bersama-sama memastikan usaha meningkatkan tahap pendidikan negara ke tahap lebih tinggi tercapai.

“KPM komited melakukan yang terbaik demi kelestarian pendidikan dan kemenjadian anak-anak generasi pewaris negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here