Skandal LCS: Satu lagi dokumen rahsia bakal didedahkan kepada rakyat

0
3

KETUA Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, memaklumkan satu lagi dokumen rahsia mengenai skandal penyelewengan kapal tempur pesisir (LCS) bakal didedahkan kepada rakyat.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Asyraf Wajdi berkata, ia membabitkan dokumen laporan forensik audit mengenai kelewatan memperoleh kapal berkenaan.

Beliau berkata, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengarahkan Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC) mendiklasifikasikan dokumen terbabit.

“Menurut Datuk Seri Hishammuddin, beliau telah mengarahkan pihak BHIC menyahklasifikasikan satu lagi dokumen rahsia untuk membolehkan satu lagi laporan dikongsikan kepada rakyat iaitu dokumen Laporan Forensik Audit Mengenai Kelewatan Kapal LCS.

“Laporan tersebut akan menjelaskan lagi aspek dan dalang penyelewengan dan korupsi yang berlaku,” katanya.

Asyraf Wajdi memaklumkan perkara tersebut diketahuinya selepas mendapat penjelasan daripada Hishammuddin sejurus selesai Mesyuarat Barisan Nasional (BN) di Johor Bahru, petang semalam.

“Laporan tersebut akan menjelaskan lagi aspek dan dalang penyelewengan dan korupsi yang berlaku.

“Siapa agaknya yang menangguk di air yang keruh dan menjadi dalang kepada kelewatan ini? Kita tunggu pendedahan Laporan Forensik Audit ini,” katanya.

Terdahulu, Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) sebelum ini telah menyahklasifikasikan laporan audit forensik mengenai projek pembinaan kapal tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here