Isteri Ustaz Farid Ravi meninggal dunia

0
2

ISTERI pendakwah terkenal, Datuk Dr Mohd Farid Ravi atau lebih dikenali sebagai Ustaz Farid Ravi meninggal dunia di Hospital Serdang petang tadi.

Pemergian Datin Suziana Mohd Soyong pada jam 5.40 petang tadi dimaklumkan Ustaz Farid Ravi menerusi hantaran di Facebooknya.

Beliau memberitahu solat jenazah akan diadakan selepas solat Isyak di Masjid Bandar Seri Putra, Bangi.

“Perginya insan yang paling mengenali saya dan banyak jasanya… abang doakan agar ummi ditempatkan bersama para solihin.

“Semoga Abah kuat jaga hadiah ummi 6 orang dengan baik. Tenanglah ummi di sana,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian isterinya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here