Soalan Sejarah Kertas 2 SPM 2022 bocor?

0
2
KUALA TERENGGANU, 18 November 2009 -- Sebahagian calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tekun menjawab peperiksaan kertas Bahasa Melayu 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malik, Kuala Terengganu semalam. Gambar Fauzi Baharudin Pemberita Siti MENINGKATKAN mutu pendidikan dan memastikan anak bangsa mendapat pendidikan asas sehingga ke peringkat tinggi merupakan antara wawasan yang disemarakkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Gambar hiasan NOTA TERBITAN UTUSAN KHAMIS 19 NOVEMBER 2009 MUKA 10

SOALAN peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 melibatkan topik Kertas 2 subjek Sejarah didakwa bocor hari ini.

Topik bagi soalan kertas sejarah itu didakwa tersebar di aplikasi WhatsApp sejak semalam, sebelum calon menduduki peperiksaan subjek berkenaan pagi tadi.

Difahamkan antara topik yang dikatakan bocor membabitkan ‘Malayan Union’.

Di aplikasi TikTok, isu soalan bocor itu mengundang rasa tidak puas hati pelajar dan netizen yang mahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang membocorkan soalan peperiksaan berkenaan.

Netizen mendakwa soalan bocor itu diberikan seorang guru yang juga penggubal soalan Sejarah daripada sekolah berasrama penuh.

Rata-rata pelajar kesal dengan tindakan guru terbabit dan berharap supaya tidak perlu menduduki semula kertas berkenaan.

Subjek Sejarah merangkumi Kertas 1 dan Kertas 2 merupakan subjek teras yang perlu diambil pelajar.

Seramai 403,637 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM 2022 yang bermula Isnin lalu hingga 15 Mac, membabitkan 3,355 pusat peperiksaan seluruh negara.

KPM dalam kenyataannya memaklumkan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here