Jualan Sambal Nyet Khairul Aming cecah RM21.5 juta

0
2

PERSONALITI media sosial terkenal, Khairul Aming meluahkan rasa syukur atas jualan produknya ‘Sambal Nyet’ yang telah mencecah RM21.5 juta.

Berita itu dikongsi Khairul Aming menerusi hantaran di Instagramnya semalam, sekali gus mencetuskan rasa kagum orang ramai yang memuji kegigihan usahawan muda itu.

“Alhamdulillah hari ini total jualan ‘Sambal Nyet’ telah mencecah RM21.5 juta.

“Kita juga baru terima award (anugerah) untuk Sambal Nyet bagi kategori ‘Best Customer Service’. Let me share with you guys (mari saya kongsikan) macam mana kita beroperasi setiap hari,” katanya menerusi kapsyen hantaran itu.

Menurutnya, jualan Sambal Nyet bagi 2021 berjumlah RM7.5 juta manakala pada 2022 jualan produk itu meningkat kepada RM14 juta.

Memasuki tahun 2023, Khairul Aming memaklumkan kilang kedua beliau di Kota Bharu sudah beroperasi sepenuhnya.

Malah, Khairul Aming berkata, pihaknya juga merancang untuk meningkatkan jualan sekali gus menawarkan lebih banyak penghargaan buat pekerja.

Sebelum ini, Khairul Aming yang terkenal dengan tagine ‘Hi, what’s up gais’ itu mencetuskan fenomena apabila produknya itu berjaya terjual 10,000 botol dalam tempoh tiga minit di Shoppe pada 10 Oktober 2021. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here