Emma Maembong hamil anak kedua

0
2

PENANTIAN pelakon cantik, Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli Azhar untuk menimang cahaya mata kedua tertunai apabila pelakon itu mengesahkan hamil.

Menerusi hantaran video yang dikongsi di Instagram (IG), Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani menzahirkan rasa syukur dengan rezeki yang dinantikan pasangan itu.

“Syukur alhamdulilah,” tulis Emma ringkas.

Dalam video yang dikongsi Emma, dia membuat kejutan untuk suaminya dengan ‘berpura-pura’ mengajak membuat ‘review’ produk di IG.

Namun, setelah memulakan video, Shazli terkejut apabila ada alat ujian kehamilan di dalam kotak tersebut.

Shazli terus mengambilnya dan memeluk Emma sambil bertanya kebenarannya seolah-olah bagai tidak percaya di atas rezeki itu.

Pasangan berkenaan sebak dan bersyukur dengan rezeki Allah SWT yang sememangnya dinanti-nantikan itu.

Emma turut menyunting video yang menunjukkan pelbagai reaksi daripada keluarga dan rakan artis yang menerima berita berkenaan.

Perkongsian berkenaan mengundang reaksi pelbagai pihak seperti rakan selebriti dan pengikutnya yang rata-rata turut gembira dengan berita itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga mengucapkan tahniah kepada Emma dan suami kerana bakal menyambut ahli baru dalam keluarga.

Mereka turut mendoakan agar urusan kehamilan Emma berjalan dengan lancar sehingga hari bersalin.

Untuk rekod, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan Shazli yang juga juruterbang pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here