MENTERI Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada Animonsta Studios atas kejayaan filem animasi Mechamato memenangi kategori Anime Fan Award di Anime Award Festival (TAAF) 2023 yang berlangsung di Tokyo.
Beliau berkata, Mechamato telah mengharumkan nama Malaysia dengan mencatat sejarah animasi luar Jepun pertama yang berjaya memenangi anugerah itu.
Katanya, pencapaian tersebut wajar menjadi inspirasi buat pemain-pemain industri animasi tempatan.
“Kerajaan akan sentiasa menyokong usaha-usaha industri terutamanya dalam menghasilkan karya berkualiti tanpa mengenepikan nilai tempatan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abd Razak yang juga pengasas siri Mechamato turut melahirkan keterujaan dengan kemenangan animasi itu.
Animasi Mechamato diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023.
Keputusan tersebut diumumkan menerusi laman rasmi TAAF yang mana Mechamato telah menerima sebanyak 40,590 undian daripada peminat animasi tersebut.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abd Razak yang juga pengasas siri Mechamato menerusi hantaran di media sosial, turut melahirkan keterujaan dengan kemenangan animasi itu.
Keputusan tersebut diumumkan menerusi laman rasmi TAAF yang mana Mechamato telah menerima sebanyak 40,590 undian daripada peminat animasi tersebut.
Sebelum ini, siri animasi Mechamato ditayangkan di platform penstriman Netflix sejak September tahun lalu, bukan sahaja meraih perhatian penonton tempatan, malah diikuti peminat di Jepun.
Bagi tayangan siri di Jepun, watak utama Amato menampilkan pelakon suara Jepun, Ayumu Murase yang popular dengan watak Hinata bagi animasi Haikyuu serta Venti dalam Genshin Impact. – Malaysiapost

