Abdul Razak tawar diri tanding MKT

0
2
https://www.facebook.com/photo?fbid=507598314714690&set=a.239056071568917

KETUA Umno Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada pemilihan parti, 18 Mac ini.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat atas semangat untuk terus menyumbang kepada parti dengan membantu menyerlahkan lagi Umno kepada masyarakat.

“Dengan penuh keinsafan dan berbekalkan pengalaman dalam politik bermula sebagai Ketua Pemuda Umno Cawangan, Ketua Pemuda Bahagian, Exco Pemuda dan Bendahari Pemuda, saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli MKT Umno pada pemilihan parti penggal ini.

“Saya juga mahu bersama-sama pucuk pimpinan memastikan parti ini terus dilihat relevan kepada semua golongan masyarakat terutama kepada generasi masa depan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, beliau akan menyerahkan borang pencalonan dalam tempoh tarikh pendaftaran bermula 13 Februari sehingga 26 Februari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here