DATUK Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi.
Perdana Menteri berkata, doktor kemudian mengesahkan keadaan kesihatan beliau berada pada tahap yang baik
“Saya langsung menyambung tugasan bersama staf. Alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Terdahulu Anwar dilaporkan tidak sihat bagi menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves hari ini.
Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, Perdana Menteri terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Perdana Menteri sepatutnya hadir ke sambutan Thaipusam (di Batu Caves) hari ini.
“Namun beliau hubungi saya pagi tadi memaklumkan tidak sihat dan terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya. – Malaysiapost

