Kerajaan halalkan penjualan mercun, bunga api

0
2
KUALA LUMPUR, 25 Mac -- Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming menjawab pertanyaan para pengamal media pada persidangan Parlimen di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

PENJUALAN mercun dan bunga api bakal dibenarkan kerajaan namun masih tertakluk kepada peraturan dan garis panduan yang akan dikeluarkan kelak.

Menteri Pembangunan Kerajaan tempatan, Nga Kor Ming berkata, garis panduan itu akan ditentukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) manakala isu membabitkan duti akan ditetapkan Kementerian Kewangan.

“Semalam Jemaah Menteri sudah meluluskan pembakaran mercun dan bunga api akan dihalalkan.

“Tetapi ia tertakluk kepada permohonan lesen import, duti mengikut peraturan dan garis panduan.

“Kita tahu pembakaran mercun menjadi amalan seluruh rakyat, tak kira Tahun Baharu Cina, Deepavali, Aidilfitri atau Krismas,” katanya kepada media pada program Jalinan Muhibbah KPKT, di Putrajaya, hari ini.

Kor Ming berkata, bahan berkenaan dijual oleh sindiket ‘bawah tanah’ ketika ini telah menyebabkan aspek keselamatan tidak diendahkan.

Menurutnya, apabila dihalalkan kelak, kerajaan bakal memungut ratusan juta hasil daripada pemegang lesen.

Selain itu, Kor Ming menjelaskan, kawal selia, penguatkuasaan undang-undang akan diwujudkan bagi memastikan penjualan mercun dan bunga api mengikut garis panduan yang ditetapkan.

“Saya harap dasar baharu ini akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri pada April nanti.

“Sekarang ini (peniaga) jual curi-curi. Lepas dapat lesen dia boleh jual di pusat beli belah,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here