Yusof Haslam tidak mahu komen isu Ira Kazar kini berbadan dua

0
2

“SAYA tak tahu dia hamil atau tidak.”

Demikian jawapan pengarah dan penerbit filem tersohor, Datuk Yusof Haslam apabila ditebak dengan soalan sama ada menantu Ira Kazar, yang juga isteri kedua SyamSul Yusof sudah berbadan dua.

Menurutnya, dia enggan mengulas lanjut berkenaan hal tersebut berikutan Syamsul tidak tinggal sebumbung dengannya.

“Saya tidak mahu komen apa-apa. Wallahualam,” katanya ringkas.

Yusof menjelaskan dia mengambil pendekatan untuk tidak mencampuri urusan anaknya itu kerana mahu menjaga hati banyak pihak, termasuk isterinya yang menjadi tumpuan sejak akhir-akhir ini.

“Saya nak jaga hati isteri sebab dia sekarang dalam keadaan sugul.

“Pada masa sama, Syamsul anak saya dan kena jaga hati dia juga. Saya tak nak hubungan kami tidak baik, termasuk semua menantu dan cucu-cucu saya. Banyak hati yang perlu dijaga,” katanya.

Episod masalah rumah tangga Syamsul dengan aktres Puteri Sarah semakin memuncak selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira di Thailand, 6 Januari lalu.

Susulan itu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, 16 Januari lalu.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Untuk rekod, Syamsul mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5 dan dan Summayah, 3 tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here