Mesyuarat khas Umno Sabah bincang kedudukan 5 Adun?

0
2
ZAHIDHAMIDI

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini hadir ke mesyuarat khas bersama kepimpinan Umno Sabah.

Mesyuarat itu berlangsung ketika situasi pergolakan politik di negeri itu semakin reda ketika cubaan menjatuhkan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor tidak berhasil.

Timbalan Perdana Menteri tiba pada jam 1.40 tengah hari tadi di bangunan Umno Sabah selepas melakukan lawatan kerja melawat mangsa banjir di Pitas.

Menurut Berita Harian, antara yang hadir ialah Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Timbalannya, Datuk Yakub Khan; Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno termasuk Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Satu sidang media dijangka diadakan sejurus mesyuarat berkenaan.

Pemerhati politik di Sabah tidak menolak kemungkinan membincangkan mengenai kedudukan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno yang secara terbuka menyokong Hajiji walaupun Bung Moktar telah mengumumkan Umno Sabah menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.

Lima Adun itu ialah Datuk Ir Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk James Ratib (Sugut). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here