Ahli Parlimen PKR tak setuju Nurul Izzah dilantik penasihat PM

0
2

AHLI Parlimen Pasir Gudang daripada PKR, Hassan Abdul Karim dilaporkan turut tidak bersetuju dengan pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Kewangan dan Ekonomi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berpandangan, walaupun pelantikan itu tidak menyalahi undang-undang namun ia salah daripada segi moral.

“Seorang sahabat yang merupakan penyokong Pakatan Harapan (PH) bertanya kepada saya: “Apakah pandangan saya apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anaknya Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri?”

“Maka, jawapan saya ringkas sahaja dalam bahasa asing iaitu legally right but morally wrong (tidak salah dari segi undang-undang tetapi salah daripada segi moral),” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Semalam media melaporkan, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada bapanya.

Pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi jawatan berkenaan, berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Tindakan Anwar melantik Nurul Izzah itu bagaimanapun dikritik banyak pihak yang beranggapan ia `berbau’ nepotisme selain menimbulkan kemarahan pembangkang.

Bagaimanapun, Perdana Menteri mempertahankan lantikan itu kerana mendakwa ia dibuat atas dasar pelawaan dan tanpa elaun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here