KJ tidak akan rayu keputusan dipecat daripada Umno

0
2

KHAIRY Jamaluddin menegaskan tidak akan merayu bagi keputusan yang dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang memecatnya daripada parti itu, baru-baru ini.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, tindakan tersebut tiada hasilnya kerana pihak yang mahu beliau keluar tetap kekal dalam parti.

Namun, beliau yang merupakan bekas Ahli Parlimen Rembau menegaskan tidak sesekali berdendam dengan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan masih menganggapnya sebagai rakan politik.

Khairy berkata demikian dalam sebuah temu bual secara langsung di satu stesen radio tempatan, pagi ini.

Jumaat lalu, MKT Umno membuat keputusan memecat Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda Umno, dan ahli MKT, Tan Sri Noh Omar, selain beberapa lagi pimpinannya digantung.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata mereka dipecat kerana melanggar disiplin parti sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan penyandang Timbalan Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan Suffian pula digantung selama enam tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here