‘Penyertaan KJ ke PKR perlu dibincang’ – Rafizi

0
2

PENYERTAAN bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang dipecat daripada Umno sebagai ahli PKR perlu dibincangkan dalam kepimpinan parti, kata Rafizi Ramli.

Timbalan Presiden PKR itu menegaskan beliau tidak boleh keseorangan membuat keputusan itu dan tanpa perlu dilakukan secara kolektif oleh semua pemimpin PKR.

Katanya, desas-desus berita kemasukan Khairy ke PKR masih bersifat spekulasi dan hanyalah pramatang.

“Yang itu (penyertaan KJ) kita kena bincang dalam parti. Tetapi sekarang isu ini tidak timbul lagi, jadi tak perlu bincang lagi.

“Kalau perkara ini timbul, barulah kita bincang tetapi belum lagi, maka setakat ini jadi spekulasi sahaja,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia

Terdahulu, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi memutuskan Khairy dipecat daripada parti dengan serta-merta.

Selain Khairy, bekas Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada parti itu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mereka dipecat disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan Umno kerana kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Selain itu, Umno menggantung keahlian Ketua Bahagian Umno Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan; ahli MKT, Datuk Dr Fathul Mat Jahya; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd Sharif dan Ketua Bahagian Umno Tebrau, Maulizan Bujang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here